Welcome

Anti Essays offers essay examples to help students with their essay writing.

Sign Up

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Essay

  • Submitted by: blackhole
  • on February 18, 2012
  • Category: Social Issues
  • Length: 3,269 words

Open Document

Below is an essay on "Falsafah Pendidikan Kebangsaan" from Anti Essays, your source for research papers, essays, and term paper examples.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
Huraian FPK dan peranan guru dalam merealisasikan prinsip serta kehendak FPK untuk memartabatkan sistem pendidikan negara.

1.0 Konsep Falsafah Pendidikan
Menurut Mok Soon Sang (2009), falsafah pendidikan merupakan konsep filososfikal dalam pendidikan, yang berkaitan rapat dengan pendekatan falsafah yang digunakan untuk membina teori pendidikan berdasarkan masalah atau isu pendidikan di bawah kajian.
Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan di Negara kita telah meletakkan satu penanda aras yang ingin dicapai oleh rakyatnya secara jelas meliputi peringkat yang paling rendah hingga ke universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.
Sebelum wujudnya FPK, sistem pendidikan di negara kita juga sentiasa dikaji bagi memastikan sistem yang dilaksanakan berada pada tahap yang optimum. Sebelum negara mencapai kemerdekaan, sudah ada beberapa laporan seperti Laporan Razak yang mengkaji tahap sistem pendidikan di negara kita. Walau bagaimanapun, Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal dan diumumkan secara rasminya pada tahun 1988 dan dikenali pada masa itu sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Ianya digubal daripada usaha pemikiran yang rasional dan kritis, berlandaskan ideologi negara sebagaimana yang telah dimanifestasikan dalam laporan dan dasar pendidikan, termasuk Rukunegara.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan berbunyi:
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah...

Show More


Citations

MLA Citation

"Falsafah Pendidikan Kebangsaan". Anti Essays. 16 Dec. 2018

<http://parimatch-stavka7.com/free-essays/Falsafah-Pendidikan-Kebangsaan-168560.html>

APA Citation

Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Anti Essays. Retrieved December 16, 2018, from the World Wide Web: http://parimatch-stavka7.com/free-essays/Falsafah-Pendidikan-Kebangsaan-168560.html


The Adventures of Spot | louisvuitton | RSS订阅